resepi cucur labu

Selain diolah kepada pengat, labu juga sesuai digunakan untuk membuat resepi cucur labu yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Kalau dah bosan dengan cucur biasa, jom cuba resipi cucur labu yang mempunyai rasa lemak manis ini. Sesuai dnikmati semasa sarapan pagi

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya juga sangat mudah. Jom lihat perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

RESEPI CUCUR LABU LEMBUT

resepi cucur labu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung cucur segera (jenama adabi)
  • Labu
  • Air secukupnya
  • Sedikit gula (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, labu perlu dikukus atau direbus sehingga ia empuk.
  2. Kemudian, lenyekkan labu tersebut sehingga lumat sepenuhnya.
  3. Letakkan tepung cucur segera ke dalam mangkuk yang berisi labu tadi.
  4. Bancuh dengan air secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
  5. Kalau suka manis, boleh tambah gula dan sambung gaul hingga sebati.
  6. Perap adunan selama 20 minit sebelum mula menggoreng.
  7. Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali. Sudukan adunan cucur labu ke dalam minyak panas.
  8. Masak cucur sehingga garing dan bertukar warna keperangan.
  9. Angkat dan toskan.
  10. Sedia untuk dihidangkan, selamat menncuba!

Kredit resipi dan gambar: Latifah Hassan

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Gebu, Lemak Manis & Wangi! Guna Susu Cair Bukan Air Biasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN