resepi chicken tenders

Resepi chicken tenders ini memang mudah! Tak perlu bahan yang banyak pun, cuma guna beberapa bahan ringkas saja dah boleh hasilkan chicken tenders yang sedap.

Makanan ini telah viral di media sosial sejak kebelakangan ini dan ramai yang teruja untuk mencubanya! Ada juga yang sanggup pergi jauh ke Singapura semata-mata untuk menikmati hidangan ini.

Tapi, kini anda tak perlu lagi pergi jauh, dengan resipi mudah ini, anda boleh buat sendiri di rumah! Apa yang penting, buat sendiri lagi sedap dari beli dan pastinya lebih puas hati.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!

RESEPI CHICKEN TENDERS VERSI BAJET

resepi chicken tenders

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaannya:

  1. Salutkan isi ayam dengan tepung beras dan tepung bestari.
  2. Kemudian, goreng isi ayam itu di dalam minyak panas sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam periuk, satukan butter, madu dan sos cili.
  5. Masak ketiga-tiga bahan ini sehingga bercampur rata.
  6. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
  7. Gaul sehingga semua sos bersalut rata pada ayam.
  8. Angkat dan susunkan di atas pinggan.

Bahan sos garlic:

  • Mayonis
  • Bawang putih
  • Mixed herbs

Cara buat sos garlic:

  1. Satukan ketiga-tiga bahan di atas sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dijadikan pencicah bagi chicken tenders tadi.
  3. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cikgu Tengku Faris

Baca juga: Buat Sendiri Nachos Loaded Cheese Viral, Tak Perlu Beratur Panjang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN