resepi cempedak goreng

Setiap kali ada buah cempedak di rumah, pasti ramai yang akan mula mencari resepi Cempedak Goreng yang mudah dan sedap.

Cempedak Goreng merupakan kuih goreng klasik yang digemari tanpa mengira golongan usia. Namun, ia bukan seperti keropok lekor atau cekodok pisang yang mudah dijumpai.

Baca juga: Cara Goreng Pisang Supaya Banyak Kerak, Rangup Sampai Berjam-jam!

Hal ini disebabkan buahnya jenis bermusim dan sukar didapati sepanjang tahun. Jika ada peniaga yang jual Cempedak Goreng, ramai akan terus membelinya tanpa fikir panjang.

Buah cempedak akan mengeluarkan bau semerbak yang sangat wangi ketika digoreng sehingga boleh menarik perhatian orang yang berada di sekitarnya.

Mizah Ngatiman telah sudi kongsikan resepi Cempedak Goreng di Facebook yang kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

RESEPI CEMPEDAK GORENG

resepi cempedak goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Gaul semua bahan sampai rata. Pekat cair adunan boleh menyaluti buah cempedak.

2. Sekiranya direnjis adunan pada minyak yang telah panas, ia menjadi bertali, maka adunan tadi sudah menjadi.

resepi cempedak goreng

3. Selepas itu, boleh mula menggoreng sampai garing. Jangan risau ia tak melekat. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Nak buat Cempedak Goreng yang menjadi haruslah kena dengan gaya bancuhan tepungnya, barulah rasa buah cempedak itu bertambah enak.

Bukan saja tak melekat dan tak serap minyak apabila digoreng, malah anda akan dapat hasil yang garing dan tetap sedap walaupun sudah sejuk dengan resepi Cempedak Goreng ini.

Resepi Cempedak Goreng ini sangat sesuai digunakan untuk buat kudapan sarapan pagi atau minum petang. Baunya yang wangi pasti memikat selera sesiapa saja yang menghidunya.

Buat Cempedak Goreng dengan air tangan sendiri, pasti keluarga tersayang puji punyalah.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resepi Cekodok Guna 4 Bahan Tanpa Telur, Sejam Lebih Pun Tetap Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN