Categories: Resipi

Resepi Cekodok Pisang Sedap, Ini Cara Nak Buat Bagi Rangup Dan Garing Elok

Cekodok bukan saja mudah dibuat, malah membawa memori zaman kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Cekodok Pisang sedap ini, hasilnya cukup rangup dimakan.

Cekodok Pisang ialah sejenis kuih tradisional Melayu diperbuat daripada pisang yang dilenyek dan dicampur dengan bahan asas seperti tepung gandum, gula dan sedikit garam, lalu digoreng sehingga keemasan.

Faizah Abdul Rashid telah kongsikan resepi Cekodok Pisang sedap di Facebook dengan hasil yang rangup dengan menggunakan bahan mudah saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam

RESEPI CEKODOK PISANG SEDAP

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang bersaiz besar (Jika pisang bersaiz kecil, guna dalam 8 hingga 10 biji)
  • 2 sudu makan marjerin
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum

Cara-cara membuat:

1. Kupas dan lenyekkan pisang bersama gula, marjerin, soda bikarbonat dan garam. Kacau sampai semua bahan bercampur sebati.

2. Selepas sebati, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul sampai jadi adunan yang pekat, tak terlalu cair dan tak terlalu keras.

3. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan guna api perlahan. Ambil satu sudu adunan dan jemputkan ke dalam minyak panas. Goreng sampai keemasan dan bahagian luar jadi rangup.

Setelah buat resepi Cekodok Pisang ini, anda akan dapat rasa manis pisang, aroma marjerin, ditambah pula dengan bahagian luar yang rangupnya sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Faizah Abdul Rashid

Baca juga: Cekodok Pisang Simple, Bau Wangi Lepas Goreng Terus Teringat Suasana Dapur Nenek!

Aimi

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

13 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

13 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

15 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

16 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

16 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

16 hours ago