cekodok pisang simple

Dari dulu sampai sekarang, cekodok tetap kekal sebagai kudapan pilihan di rumah. Lebih-lebih lagi dapat buat Cekodok Pisang simple, memang makan tak berhentilah jawabnya.

Nampak Cekodok Pisang, teringat suasana di dapur nenek atau mak pada waktu petang. Bau harum pisang ranum bercampur dengan bunyi minyak menggelegak, sungguh nostalgia.

Tak perlu pakai serbuk penaik sekalipun, anda tetap dapat buat kudapan sedap di rumah dengan resipi Cekodok Pisang simple oleh kualihelena di Instagram ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Simple, Tetap Rangup Di Luar & Lembut Berongga Di Dalam

RESIPI CEKODOK PISANG SIMPLE

cekodok pisang simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, lenyekkan pisang dalam bekas sampai hancur lumat.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan garam.

3. Selepas itu, gaul rata dan tak perlu tambah air.

4. Seterusnya, panaskan minyak dan jemput adunan dengan hujung jari.

*Tips: nak dapatkan cekodok yang rangup, pastikan jemput tak terlalu besar.

5. Kemudian, terbalikkan dan kacau dengan belakang sudip sampai cekodok berbentuk bulat.

6. Akhir sekali, goreng sampai keperangan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

cekodok pisang simple

Kuih ini paling nikmat apabila dimakan panas-panas bersama secawan teh O atau kopi. Selain itu, ia boleh juga dibuat sebagai bekal ke tempat kerja.

Bukan sekadar kuih biasa, tapi setiap kali makan Cekodok Pisang pasti membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak.  Buat sekali, pasti teringin nak makan lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: kualihelena

Baca juga: Resepi Cekodok Guna 4 Bahan Tanpa Telur, Sejam Lebih Pun Tetap Rangup

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN