Categories: Resipi

Resepi Bubur Asyura Kelantan Yang Ramai Cari Bila Tiba Muharam, Mudah Rupanya Nak Buat

Resepi bubur asyura Kelantan sering menjadi carian ramai apabila tiba bulan Muharam. Berbeza dengan bubur asyura di sesetengah negeri lain, versi Kelantan terkenal dengan teksturnya yang lebih pekat, lemak manis dan boleh dipotong seperti kuih selepas sejuk.

Menariknya, hidangan tradisional ini turut menggunakan pelbagai bahan seperti jagung, pisang, keledek dan kacang hijau yang menjadikan rasanya lebih kaya serta mengenyangkan. Jika anda ingin mencubanya sendiri di rumah, ikuti perkongsian resipi ini.

Baca juga: Bubur Lambuk Lemak Berkrim, Resipi Mudah Yang Buat Anda Rindu Rasa Ramadan Sepanjang Tahun

RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 ½ cawan santan yang dicampur sedikit garam
  • Gula pasir secukup rasa
  • Gula merah secukupnya untuk memberi warna
  • 1 batang jagung
  • 1 biji pisang dipotong dadu
  • 1 biji keledek dipotong dadu dan direbus separuh masak
  • ½ cawan kacang hijau yang telah direbus
  • Bahan tambahan lain mengikut citarasa

Cara-cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung beras, gula dan santan ke dalam periuk.

2. Kacau sehingga semua bahan sebati.

3. Masak menggunakan api perlahan sambil terus mengacau.

4. Setelah campuran mendidih, masukkan jagung, pisang, keledek, kacang hijau dan bahan-bahan tambahan yang lain.

5. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat.

6. Sesuaikan tahap kemanisan mengikut citarasa masing-masing.

7. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit santan.

8. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.

9. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tips:

  • Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan harum.
  • Kacau adunan secara berterusan supaya tidak berketul atau berkerak di bahagian bawah periuk.
  • Boleh tambah kacang merah, labu atau ubi keledek mengikut citarasa.
  • Gunakan gula merah secukupnya untuk menghasilkan warna yang lebih cantik dan rasa yang lebih beraroma.
  • Biarkan bubur asyura benar-benar sejuk sebelum dipotong bagi mendapatkan tekstur yang lebih kemas.

Selamat mencuba resepi bubur asyura Kelantan yang lemak, manis dan cukup istimewa ini bersama keluarga.

Sumber: Suhaili Shamsudin

Baca juga: Resepi Bubur Asyura Utara Cara Mudah, Hanya Guna 2 Cawan Tepung & Santan Kotak!

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago