resepi bubur asyura utara

Salah satu juadah yang sering mengisi kenangan awal Muharram di kampung ialah Bubur Asyura. Kali ini, kami nak ajak anda cuba resepi Bubur Asyura Utara yang sedap.

Bubur Asyura ialah bubur manis yang dimasak daripada campuran pelbagai bahan seperti tepung, santan, gula, kekacang, jagung, ubi dan kadangkala buah-buahan kering.

Perkongsian resepi Bubur Asyura Utara oleh Nur Aishah Md Saad di Facebook ini telah menarik perhatian ramai kerana hanya menggunakan 2 cawan tepung dan santan kotak saja.

Baca juga: Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

RESEPI BUBUR ASYURA UTARA

resepi bubur asyura utara

Bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 santan kotak (200ml)
  • 4 cawan air (ikut sukatan cawan yang sama dengan tepung)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 cawan gula putih
  • Gula merah secukup rasa (ikut warna dan kemanisan yang diingini)
  • 1 cawan air panas (untuk melarutkan gula merah)

Cara menyediakan adunan A:

1. Campurkan semua bahan A dalam kuali, tapi jangan buka api dahulu.

2. Kacau rata sampai sebati. Jangan ada tepung berketul.

3. Apabila sudah sebati, baru hidupkan api perlahan.

4. Masak dan kacau perlahan-lahan sampai adunan mula pekat.

Bahan B (isi dan kekacang):

  • ½ biji ubi keledek (potong dadu kecil dan rebus dahulu)
  • ½ cawan kacang hijau (rebus sampai empuk)
  • Jagung dalam tin (guna anggaran separuh tin atau ikut suka)
  • ½ cawan kacang merah (rebus)
  • ½ cawan kacang kuda (rebus)

Cara-cara menyediakan adunan B:

1. Apabila bubur hampir masak dan likat, masukkan semua bahan B ke dalam kuali.

2. Teruskan kacau dengan api perlahan.

3. Masak sampai bubur nampak berkilat, itu tanda bubur sudah cukup masak dan pekat elok.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aishah Md Saad

Baca juga: Bubur Asyura Johor, Nak Rasa Lebih Asli Dan Beraroma Ada Rahsianya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN