bubur lambuk

Bubur lambuk memang tidak pernah gagal membangkitkan selera. Hidangan lembut, beraroma dan penuh rasa ini sesuai dinikmati sepanjang tahun, sama ada waktu berbuka, sahur atau saat anda inginkan sesuatu yang menenangkan perut.

Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian Farahwahidah Mohd Ali di Facebook, lalu disusun semula dengan langkah yang lebih terperinci supaya mudah diikuti.

Baca juga: Bubur Pulut Hitam Sedap Warisan Arwah Ayah, Lemak Manis Cukup Rasa!

RESIPI BUBUR LAMBUK

bubur lambuk

Bahan-bahan:

  • 200g daging (potong kecil)
  • Sedikit udang kering (ditumbuk halus)
  • 3 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 cm halia (hiris)
  • 1 paket sup bunjut
  • ½ sudu teh lada hitam
  • Sedikit halba
  • ½ cawan santan
  • Sedikit rempah sup (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Beras secukupnya
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga harum.

2. Masukkan lada hitam, halba, sup bunjut dan rempah sup yang telah dibancuh. Kacau sehingga tumisan wangi dan sedikit garing.

3. Masukkan daging dan udang kering tumbuk. Jika terlalu kering, tambah sedikit air. Gaulkan sehingga daging berubah warna. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.

4. Masukkan beras mengikut jumlah yang anda inginkan. Tuang air secukupnya. Masak hingga beras kembang, bubur menjadi pekat dan semua bahan lembut.

5. Akhir sekali, masukkan santan. Perasakan dengan garam dan sedikit perasa. Biarkan mereneh sebentar sehingga bubur lambuk menjadi berkrim dan naik bau.

Tip Tambahan

  • Gunakan air panas untuk cepatkan bubur menjadi pekat.
  • Kacau selalu supaya tidak berkerak.
  • Tambah bawang goreng, daun sup dan sedikit minyak sapi ketika menghidang untuk lebih wangi.

Bubur lambuk paling sedap dimakan panas-panas, dan kalau digandingkan dengan sambal kicap, rasanya jadi lebih lengkap, pedas, manis dan masin yang membuka selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Farahwahidah Mohd Ali

Baca juga: Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN