
Resepi bubur asyura Kelantan sering menjadi carian ramai apabila tiba bulan Muharam. Berbeza dengan bubur asyura di sesetengah negeri lain, versi Kelantan terkenal dengan teksturnya yang lebih pekat, lemak manis dan boleh dipotong seperti kuih selepas sejuk.
Menariknya, hidangan tradisional ini turut menggunakan pelbagai bahan seperti jagung, pisang, keledek dan kacang hijau yang menjadikan rasanya lebih kaya serta mengenyangkan. Jika anda ingin mencubanya sendiri di rumah, ikuti perkongsian resipi ini.
Baca juga: Bubur Lambuk Lemak Berkrim, Resipi Mudah Yang Buat Anda Rindu Rasa Ramadan Sepanjang Tahun
RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung beras
- 2 ½ cawan santan yang dicampur sedikit garam
- Gula pasir secukup rasa
- Gula merah secukupnya untuk memberi warna
- 1 batang jagung
- 1 biji pisang dipotong dadu
- 1 biji keledek dipotong dadu dan direbus separuh masak
- ½ cawan kacang hijau yang telah direbus
- Bahan tambahan lain mengikut citarasa
Cara-cara Penyediaan:
1. Campurkan tepung beras, gula dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga semua bahan sebati.
3. Masak menggunakan api perlahan sambil terus mengacau.
4. Setelah campuran mendidih, masukkan jagung, pisang, keledek, kacang hijau dan bahan-bahan tambahan yang lain.
5. Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat.
6. Sesuaikan tahap kemanisan mengikut citarasa masing-masing.
7. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit santan.
8. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
9. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tips:
- Gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan harum.
- Kacau adunan secara berterusan supaya tidak berketul atau berkerak di bahagian bawah periuk.
- Boleh tambah kacang merah, labu atau ubi keledek mengikut citarasa.
- Gunakan gula merah secukupnya untuk menghasilkan warna yang lebih cantik dan rasa yang lebih beraroma.
- Biarkan bubur asyura benar-benar sejuk sebelum dipotong bagi mendapatkan tekstur yang lebih kemas.
Selamat mencuba resepi bubur asyura Kelantan yang lemak, manis dan cukup istimewa ini bersama keluarga.
Sumber: Suhaili Shamsudin
Baca juga: Resepi Bubur Asyura Utara Cara Mudah, Hanya Guna 2 Cawan Tepung & Santan Kotak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














