biskut sarang semut

Resipi biskut sarang semut ini sering dihidangkan bersama biskut-biskut lain di atas meja. Kalau tak ada biskut sarang semut ini, rasa tak lengkap Hari Raya.

Biskut ini digemari oleh setiap lapisan umur, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa dek kerana teksturnya yang lembut, rangup dan cair di mulut.

Bahan dan cara penyediaannya juga senang dan mesra poket. Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zie Rozie di laman sosial Facebook.

Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

RESIPI BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 80 gram atau 1 cawan gula icing
  • 200 gram atau 1 cawan tepung gandum
  • 100 gram atau 1 cawan tepung jagung
  • 50 gram atau 2 cawan tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Paper cup

Cara membuat:

1. Campurkan mentega dan gula icing sehingga gebu.

2. Gaul adunan sampai jadi doh dan tekan pada penapis. Doh yang tidak lembik dan keras, perlulah tidak melekat pada tangan. 

biskut sarang semut

3.  Masukkan kedalam paper cup dan tabur hiasan. 

4.  Panaskan katihar dan bakar 160 darjah celcius selama 5 minit.

biskut sarang semut

Siap dan boleh dihidang.

Kredit gambar dan resipi: Zie Rozie via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Biskut Brownies Cara MUDAH, Sedap Rapuh Dan Cair Di Mulut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN