Rupanya boleh buat sendiri biskut gery cheese yang kita biasa beli kat kedai tu. Biskut ini pernah ‘viral’ beberapa tahun lepas dan masih ada peminatnya sehingga sekarang.
Siapa yang pernah makan pasti tahu betapa sedapnya biskut ini. Rasanya yang lemak, manis, masin, sesuai dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.
Cara membuatnya juga cukup mudah. Hanya perlu celupkan biskut ke dalam campuran butter, susu pekat dan cheese yang dicairkan. Bukan saja mudah, malah jimat kos berbanding beli di kedai.
Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja perkongsian oleh Nerina Elli di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini
RESEPI BISKUT GERY CHEESE HOMEMADE
Bahan-bahan:
- Biskut bersalut gula
- 2 sudu butter
- 3 sudu susu pekat
- 2 keping cheese
Cara-cara:
1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sehingga semuanya cair. Pastikan guna api perlahan sahaja.
2. Bila bahan sudah cair, salutkan dengan segera pada biskut di bahagian tiada gula. Jika kering susah nak melekat pada biskut nanti.
3. Terus saja celup terus biskut ke dalam bancuhan cheese. Lagi cepat, lagi cantik salutan dia, tak perlu pakai sudu.
4. Sejukkan seketika untuk biarkan salutan kering. Selamat mencuba!
Info: Kalau nampak macam cheese menjadi pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab itu bila dah sejuk, biskut akan nampak berkilat-kilat.
Kredit resipi dan gambar: Nerina Elli
Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!