Categories: Resipi

Resepi Bingka Kelapa, Tekstur Kenyal Dengan Bahagian Luar Garing Memang Sedap!

Kalau sebut resepi bingka kelapa, mungkin ada yang terus teringat kuih tradisional yang popular di Pantai Timur ini. Di Terengganu, kuih ini turut dikenali sebagai beke nyor dan biasanya dibuat menggunakan kelapa parut, tepung pulut serta bahan-bahan yang cukup ringkas.

Teksturnya tidak sama seperti bingka yang biasa kita jumpa. Kuih ini lebih berkelapa, sedikit kenyal dan paling sedap apabila dimakan panas-panas. Bahagian atas pula boleh dibakar hingga garing untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan wangi.

Dulu, kuih seperti ini boleh dibakar menggunakan sabut kelapa, tetapi sekarang lebih mudah kalau menggunakan ketuhar di rumah. Tak perlu bahan yang banyak atau teknik yang rumit, malah adunannya pun cukup digaul sahaja sebelum dibakar.

Baca juga: Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak

RESEPI BINGKA KELAPA (BEKE NYOR)

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 5 sudu besar gula atau ikut tahap kemanisan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk sapu pada acuan

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam ke dalam bekas. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Pecahkan telur dalam bekas berasingan terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan. Jangan masukkan terlalu banyak air. Adunan sebaiknya tidak terlalu pekat atau terlalu cair dan masih jelas kelihatan kelapa parut.
  4. Pada ketika ini, boleh rasa sedikit adunan untuk semak tahap kemanisan.
  5. Jika suka lebih manis, tambahkan gula mengikut citarasa.
  6. Sapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat. Boleh gunakan acuan kecil seperti acuan cupcake atau loyang mengikut kesesuaian.
  7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200°C menggunakan api atas dan bawah.
  8. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. Pastikan bahagian atasnya kelihatan sedikit garing dan keperangan.
  9. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum dinikmati. Bingka kelapa ini paling sedap dimakan ketika masih panas, lebih-lebih lagi bersama secawan kopi O.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Kuih Peria Ini Buat Ramai Kagum, Hanya Guna Jaring Buah Untuk Dapatkan Corak Cantik

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago