
Pernah tak anda masak daging berjam-jam, tapi tetap liat macam getah? Jangan risau, kami ada petua lembutkan daging yang lebih mudah dan cepat dengan menggunakan kurma saja.
Tak dinafikan ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini di dapur. Rebus daging punyalah lama atas dapur, sampai air hampir kering pun masih tak lembut.
Tapi, tak ramai yang tahu sebenarnya ada satu bahan dapur yang manis, sihat dan semula jadi boleh bantu untuk melembutkan daging dengan berkesan, iaitu kurma.
Kami terjumpa perkongsian oleh ainafzl di Threads tentang petua lembutkan daging yang sangat menarik dengan menggunakan kurma saja dan hasilnya cukup mengagumkan.
Baca juga: Cara Simpan Kurma Supaya Tahan Lama, Sedap Dan Segar Tak Hilang Walau Berbulan
PETUA LEMBUTKAN DAGING GUNA KURMA

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 biji kurma
- Daging
- Air secukupnya
Cara-cara merebus daging:
1. Mula-mula, sediakan 4 biji kurma, iaitu 2 biji kurma yang lengkap bersama isi dan biji, 2 biji lagi cuma gunakan bijinya saja tanpa isi.
2. Selepas itu, masukkan daging bersama air secukupnya ke dalam periuk.
3. Kemudian, masukkan terus kurma semasa mula-mula merebus daging.
4. Pastikan untuk sentiasa menggunakan api sederhana besar semasa rebus.
5. Akhir sekali, tutup periuk dan biarkan lebih kurang dalam 30 minit lebih. Setelah itu, boleh hiris daging. Siap untuk digunakan!

Mungkin kedengaran agak pelik, tapi petua ini sebenarnya sudah lama diamalkan orang dulu-dulu. Sekarang, ramai yang mula sedar manfaat kurma bukan saja untuk tenaga, tapi juga dalam masakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: ainafzl
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














