bihun goreng sedap

Selama ini buat Bihun Goreng sedap mesti ada sos, tapi bagaimana pula jika tiba-tiba sos habis pula di rumah? Jangan risau, anda masih boleh buat tanpa menggunakan sos sekalipun.

Bihun Goreng telah menjadi kegemaran ramai sejak dulu lagi dan boleh dikatakan ia adalah antara pilihan terbaik untuk sebarang jamuan ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya cukup ringkas.

Walaupun tiada sos di rumah, anda masih boleh buat Bihun Goreng sedap dengan resipi mudah yang dikongsikan oleh Norsuhaila Sujud di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

RESIPI BIHUN GORENG SEDAP

bihun goreng sedap

Bahan-bahan:

Bahan hiasan (pilihan):

  • Telur
  • Sayur (sawi, kubis)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk bawang putih dengan ikan bilis.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan cili kisar sampai pecah minyak.

3. Masukkan garam, gula dan cuka, kemudian gaul rata dan sesuaikan rasa.

4. Seterusnya, tambah bahan hiasan seperti telur dan sayur jika suka.

5. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan yang tiada idea untuk masak apa pada hari ini. Dengan tips ini, pasti Bihun Goreng anda jadi bertambah sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Norsuhaila Sujud

Baca juga: Resepi Bihun Singapore Ringkas & Tak Muak, Memang Kena Dengan Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN