
Ramai suka makan udang, tapi tak semua tahu cara memasaknya supaya isi udang kekal segar, lembut dan tak mengecut. Sebenarnya, ada petua udang tak kecut yang perlu anda tahu.
Sayanglah jika bahan yang mahal dan sedap ini tak dimasak dengan teknik yang betul. Jika silap cara, udang yang sepatutnya jadi juadah utama boleh bertukar jadi liat dan kecut.
Kami kongsikan beberapa petua udang tak kecut semasa masak yang boleh dipraktikkan. Bukan saja sedap dan wangi, malah tak kecut dan kekal berjus walaupun dimasak ringkas.
Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!
PETUA UDANG TAK KECUT SEMASA MASAK

Kredit gambar: Facebook Zurina M Yassin
1. Jangan buang kulit dan kepala (jika sesuai dengan resipi).
Jika resipi tak perlu kupas udang, sebaiknya masak bersama kulit dan kepala kerana ia membantu lindungi isi daripada panas, kekalkan kelembapan dan beri rasa manis semula jadi.
2. Elakkan masak terlalu lama.
Udang cepat masak, cukup 2 hingga 3 minit bergantung saiz. Apabila bertukar warna oren, itu tandanya sudah masak. Masak terlalu lama akan buat ia kecut dan liat.
3. Rendam udang dalam air sejuk atau air berais selepas dibersihkan.
Selepas menyiang udang, rendam dalam air sejuk atau berais selama 5 hingga 10 minit untuk kuatkan isi, kekalkan kenyal dan rasa manis bila dimasak.
4. Masak guna api besar, tapi sekejap saja.
Nak masak udang di atas dapur, guna api besar sekejap saja untuk ‘kunci’ kelembapan, hasilnya udang akan jadi kekal kenyal dan berjus.
5. Perap dengan sedikit garam dan gula.
Perap udang 5 hingga 10 minit dengan sedikit garam, gula dan air untuk kekalkan kelembapan dan kuatkan rasa manis semula jadi udang.
6. Masukkan udang apabila kuah sudah mendidih.
Jika anda buat masakan berkuah, masukkan udang selepas kuah mendidih supaya udang tak dimasak terlalu lama dan tak kecut dengan cepat.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Zurina M Yassin & Norlinda Saim
Sumber: Media Johor Network
Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














