resepi bihun sup ayam

Kalau tengah cari resepi bihun sup ayam yang mudah tetapi tetap sedap, boleh cuba versi ini. Kuah supnya dimasak dengan ayam, halia, akar daun sup serta rempah yang ditumis terlebih dahulu supaya aromanya lebih naik.

Menariknya, bihun sup ini lengkap dengan ayam yang disiat, tauge, fishcake, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap. Memang sesuai dijadikan menu petang atau hidangan santai untuk seisi keluarga.

Rahsia yang buat hidangan ini lebih menyelerakan ialah sambal kicapnya. Cili api, bawang dan kicap ditumbuk sehingga halus, kemudian digandingkan dengan bihun serta kuah sup yang panas. Pedas, manis dan cukup membuka selera!

Baca juga: Resipi Mi Segera Goreng Kari Banjir, Kuah Pekat & Pedas Memang Buat Tak Cukup Semangkuk!

RESEPI BIHUN SUP AYAM DENGAN SAMBAL KICAP ‘POWER’

resepi bihun sup ayam

Bahan sup ayam:

  • ½ ekor ayam
  • Halia (diketuk)
  • Akar daun bawang
  • Akar daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa, jika suka
  • 3 ulas bawang merah (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • Halia (dimayang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 3 sudu makan minyak masak

Bahan pelengkap:

  • Bihun (dicelur)
  • Tauge (dicelur)
  • Fishcake (digoreng dan dihiris)
  • Isi ayam (disiat)
  • Daun sup (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan sambal kicap:

  • Cili api kampung secukupnya
  • Bawang merah secukupnya
  • Bawang putih secukupnya
  • Kicap manis secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ayam bersama halia (diketuk), akar daun bawang dan akar daun sup. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa jika digunakan. Rebus sehingga ayam empuk.
  2. Setelah ayam masak, angkat ayam dan ketepikan sehingga sedikit sejuk. Simpan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia (dimayang) bersama kulit kayu manis serta bunga cengkih sehingga wangi dan agak garing.
  4. Masukkan rempah sup dan kecilkan api. Kacau seketika, kemudian masukkan sedikit air rebusan ayam supaya rempah tidak hangus.
  5. Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi air rebusan ayam. Didihkan dan masak kira-kira 15 minit supaya aroma rempah meresap ke dalam kuah.
  6. Periksa rasa kuah dan tambah garam atau perasa jika perlu. Tutup api apabila kuah sudah cukup rasa.
  7. Siat isi ayam yang telah direbus. Tulang ayam boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup supaya rasanya lebih beraroma.
  8. Untuk sambal kicap, tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Masukkan kicap manis, gula dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
  9. Untuk menghidang, masukkan bihun (dicelur) dan tauge (dicelur) ke dalam mangkuk. Tambahkan isi ayam (disiat) dan fishcake (digoreng dan dihiris).
  10. Tuangkan kuah sup panas, kemudian taburkan daun sup (dihiris), daun bawang (dihiris) dan bawang goreng. Hidangkan bersama sambal kicap mengikut tahap kepedasan yang disukai.

Sumber: Nurain Ain

Baca juga: Cara Buat Makaroni Goreng Yang Tak Muak, Secukup Rasa & Kena Dengan Selera Tekak Melayu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN