
Kalau anda sedang mencari cara buat makaroni goreng yang mudah tetapi rasanya memang padu, resipi ini memang wajib dicuba. Gabungan daging kisar, cendawan dan pelbagai jenis sos menjadikan makaroni goreng ini cukup berperisa tanpa perlu menggunakan bahan yang rumit.
Menu ini juga sesuai disediakan ketika hari sibuk kerana penyediaannya ringkas dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya. Tambahan pula, anda boleh mengubah suai isi atau sayur mengikut cita rasa keluarga.
Lebih menarik, resipi ini menggunakan capsicum berwarna-warni untuk menambah seri dan rasa rangup. Jika suka, anda juga boleh menggantikannya dengan brokoli, lobak merah atau sayur-sayuran lain supaya hidangan lebih seimbang dan berkhasiat.
Baca juga: Cara Masak Mihun Goreng Style Orang Dulu-Dulu, Ringkas Tapi Sedap Sangat!
CARA BUAT MAKARONI GORENG SEDAP DAN RINGKAS

Bahan-bahan:
- 1 paket makaroni
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 400 gram daging kisar (boleh kurangkan kepada 200 gram jika mahu)
- Cendawan secukupnya (dihiris halus)
- 2 sudu besar sambal atau cili boh
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 2-3 sudu besar sos cili
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit lada hitam
- Capsicum merah, hijau dan kuning (dipotong dadu kecil)
- Minyak untuk menumis
Pilihan tambahan:
- Brokoli
- Lobak merah
- Jagung manis atau sayur kegemaran lain
Cara-cara penyediaan:
- Rebus makaroni sehingga hampir lembut (al dente). Jangan terlalu lama supaya teksturnya tidak lembik. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga berubah warna.
- Masukkan cendawan yang telah dihiris halus, kemudian kacau hingga kedua-duanya masak.
- Tambahkan sambal atau cili boh dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan kiub pati ayam dan sedikit lada hitam. Kacau hingga semua bahan sebati.
- Masukkan makaroni yang telah direbus tadi, kemudian gaul sehingga semua makaroni bersalut sos.
- Akhir sekali, masukkan capsicum atau sayur-sayuran pilihan. Gaul seketika sahaja supaya sayur kekal rangup.
- Angkat dan sedia dihidangkan ketika masih panas.
Sumbe: Thread eyzazo
Baca juga: Resipi Mi Segera Goreng Seafood Basah & Pedas, Menu Simple Bila Bosan Makan Nasi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














