ayam salted egg

Kalau ada isi ayam banyak, jom cuba masak ayam salted egg buttermilk yang senang, cepat dan sedap ini. Rasa masin telur yang padu, digabung dengan aroma daun kari dan kuah buttermilk yang pekat berkrim.

Tak perlu bahan banyak pun, yang penting tekniknya betul supaya sos jadi wangi dan melekat elok pada ayam. Memang sesuai sangat untuk makan malam atau dijadikan lauk istimewa hujung minggu.

Baca juga: Ayam Goreng Tomyam, Resipi Paling Senang Tapi Rasanya Memang Power

RESEPI AYAM SALTED EGG BUTTERMILK

ayam salted egg

Bahan-bahan:

  • 500g ayam fillet
  • Daun kari secukupnya
  • Susu cair secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Tepung ayam segera
  • 2 sudu besar butter
  • 4 biji cili padi (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 biji telur masin (ambil kuning sahaja)

Cara-cara:

  1. Salut ayam dengan tepung ayam segera, kemudian goreng hingga kekuningan. Toskan minyak dan asingkan.
  2. Rebus telur masin, ambil kuning sahaja dan hancurkan.
  3. Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  4. Masukkan kuning telur masin dan kacau hingga berbuih.
  5. Tuangkan susu cair mengikut kepekatan yang diingini dan perasakan dengan sedikit garam.
  6. Masukkan semula ayam goreng tadi, gaul rata hingga ayam bersalut dengan sos telur masin. Hidangkan panas-panas.

Sumber: Hurun’Iin Malik

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Berkuah Pekat & Beraroma, Sekali Masak Mesti Nak Ulang Banyak Kali!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN