resipi kari ayam

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya apakah resipi kari ayam yang wangi, pekat dan pecah minyak cantik. Jadi, sekarang MyResipi akan kongsikan cara paling ringkas tapi hasilnya memang memukau!

Untuk menghasilkan kari yang ekstra ‘kick’ dan wangi semerbak, ada satu bahan rahsia yang perlu ditambahkan pada hujung proses memasak. Bahan ini akan membuatkan kari ayam menjadi lagi sedap dari biasa.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Black Pepper Yang Menggiurkan, Ini Rahsia Agar Rempah Meresap Ke Dalam Isi

RESIPI KARI AYAM YANG LAGI SEDAP DAN WANGI

resipi kari ayam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah besar (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Halia sebesar ibu jari (hiris halus)
  • 4 sekawan
  • 5 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 9 ketul ayam
  • 2–3 biji kentang (potong)
  • Air secukupnya
  • Sedikit asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula nisan (jika suka, untuk rasa lebih lemak)
  • 1 biji tomato
  • ½ kotak santan kecil
  • 1 sudu besar kerisik (optional)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk (guna lebih sikit untuk mudahkan proses pecah minyak).
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Dalam mangkuk lain, bancuh serbuk kari ayam dan serbuk cili dengan air panas hingga jadi pes. Masukkan pes ke dalam periuk, kemudian masukkan cili kisar.
  4. Kacau pada api sederhana, tumis sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air. Ulang proses pecah minyak, tambah air sebanyak 3 kali.
  5. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan biarkan ayam keluarkan air selama lebih kurang 5 minit.
  6. Tambahkan air mengikut kepekatan kari yang anda suka. Masak 10-15 minit sehingga ayam dan kentang empuk.
  7. Perasakan dengan asam jawa, garam dan sedikit gula nisan jika suka rasa berlemak. Sesuaikan rasa ikut selera.
  8. Bila kuah sudah cantik, masukkan tomato, separuh kotak santan dan kerisik. Kacau 5 minit dan tutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Lengkap Dengan Bahan Sampingan, Sedap Macam Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN