resepi ayam rendang

Apabila sebut tentang rendang, ramai terbayang lauk kering yang pekat dan penuh rempah. Kali ini, kami nak ajak anda cuba resepi Ayam Rendang Berkuah yang lain dari yang lain.

Ayam Rendang Berkuah bukan saja lazat, malah kuahnya yang kaya dan pekat membuatkan sesiapa saja terpikat serta sesuai sebagai hidangan keluarga di rumah.

Norliza Hashim telah kongsikan resepi Ayam Rendang Berkuah di Facebook yang sangat mudah dibuat tanpa jalan kerja yang renyah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESEPI AYAM RENDANG BERKUAH

resepi ayam rendang

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • 1 ketul gula melaka (nak guna gula pasir pun boleh ikut citarasa masing-masing)
  • Santan pekat 500ml
  • Asam keping
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kerisik
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • Daun limau (hiris halus)

Bahan kisar:

  • 20 ulas bawang putih
  • 30 biji bawang merah
  • 3 ketul kunyit hidup (saiz sederhana)
  • 2 ketul halia (saiz sederhana)
  • 1 ketul lengkuas (dalam 2 1/3 inci)
  • 1 genggam cili padi (ikut nak pedas mana)
  • 10 batang serai
  • 1 senduk cili kisar

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, matikan air ayam terlebih dahulu dengan memasaknya atas kuali dan balik-balikkan sampai separuh masak.

2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau, kemudian masukkan cili kisar.

3. Dalam beberapa minit, masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai, kemudian masak sampai pecah minyak.

4. Selepas itu, terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit serbuk perasa.

5. Kemudian, boleh masukkan ayam dan biarkan seketika.

6. Dalam beberapa minit, masukkan santan dan air secukupnya sampai mendidih, kemudian masukkan kerisik.

7. Apabila sudah agak pekat, masuk hirisan daun kunyit dan daun limau. Siap untuk dihidang!

resepi ayam rendang

Dengan rasa rempah yang menyerap, kuah santan yang pekat dan harum daun kunyit, resepi Ayam Rendang Berkuah memang pilihan tepat untuk anda yang mahukan kelainan.

Selamat mencuba!

Sumber: Norliza Hashim

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Untuk Pemula, Tak Pernah Masak Pun Dapat Hasil Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN