tips masak sagu

Nak buat pencuci mulut yang sedap, mestilah sagu gula melaka jadi pilihan. Sebelum itu, anda perlu tahu beberapa tips masak sagu gula melaka supaya hasilnya tak hancur nanti.

Sagu gula melaka merupakan salah satu pencuci mulut tradisional yang cukup popular dan digemari ramai. Nampak macam mudah, tapi ramai yang kecewa apabila hasilnya tak menjadi.

Bukan setakat sagunya hancur bercampur air, malah melekat sesama sendiri dan terlalu lembik sampai tak nampak rupa biji sagu. Jika hidangkan untuk tetamu, memang malu dibuatnya.

Selepas ini, anda tak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan beberapa tips dan cara betul masak sagu supaya hasilnya cantik dan bulat dengan sempurna.

Baca juga: Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

TIPS MASAK SAGU GULA MELAKA

tips masak sagu

Cara untuk masak sagu gula melaka adalah:

1. Pastikan air mendidih dahulu sebelum masukkan sagu. Guna air yang banyak supaya sagu cepat masak dengan mudah.

2. Jangan basuh sagu itu, terus masukkan dalam periuk.

3. Jika beli sagu putih, boleh terus masukkan pewarna. Jika nak mudah, beli saja yang sudah ada warna, biasanya ada warna merah jambu dan hijau.

4. Jangan selalu kacau sagu, nanti ia hancur, kacau kadangkala saja.

5. Tunggu sampai hilang warna putih tersebut. Biasanya dalam 10 hingga 15 minit saja bergantung pada kuantiti. Kena rajin-rajin pantau.

6. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Jangan rendam sagu dalam air lama-lama. Terus basuh dengan air. Basuh sampai hilang rasa yang melekit-lekit tersebut.

tips masak sagu

Cara untuk buat air gula melaka atau nisan adalah:

1. Masukkan dua keping gula melaka atau nisan.

2. Masukkan sedikit air dan daun pandan supaya ada bau wangi.

3. Kacau sampai cair.

Cara untuk hidang sagu gula melaka:

1. Mula-mula, letak sagu dalam mangkuk.

2. Kemudian, masukkan susu cair atau santan (boleh tambah sedikit garam untuk bagi rasa lemak-lemak).

3. Selepas itu, boleh masukkan air gula melaka tadi dengan kemanisan bergantung pada citarasa.

4. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk sebab ia lebih dimakan sejuk-sejuk.

Dengan tips masak sagu gula melaka ini, anda dapat hasilkan pencuci mulut yang bukan saja sedap, malah berseri dalam mangkuk. Makan sejuk-sejuk, lebih terasa nikmatnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: AiEn Mazalan

Baca juga: Resepi Sagu Gula Melaka Sedap, Ada Petua Supaya Tak Hancur Dan Berketul

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN