
Jika anda belum pernah masak Rendang di rumah, boleh ikut resepi Rendang Ayam ini. Bukan saja mudah, malah cara memasaknya yang ringkas sangat sesuai untuk pemula.
Rendang merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat popular dalam masakan Melayu, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Biasanya orang akan masak Rendang dengan menggunakan daging, namun jika suka kelainan, anda boleh juga gantikannya dengan ayam juga.
Resepi Rendang Ayam yang dikongsikan oleh Hajar Mohd di Facebook telah membuatkan ramai tertarik kerana cara memasaknya sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!
RESEPI RENDANG AYAM

Bahan-bahan untuk rendang ayam:
- 1 ekor ayam
- 2 cawan santan
- 2 sudu kerisik (tiada pun tak mengapa)
- 1 atau 2 keping asam keping
- 1 helai daun kunyit (diracik halus)
- 3 helai daun limau purut
- Minyak (untuk menumis)
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
- 15 atau 20 biji cili kering
- 3 biji bawang merah
- 3 batang serai
- 9 ulas bawang putih
- 3 inci kunyit hidup
- 3 inci halia
- 1 atau 2 biji bawang besar
- 3 inci lengkuas
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak.
2. Selepas itu, masukkan ayam dan masak sampai kecut.
3. Apabila ayam sudah masak, masukkan asam keping, kemudian kacau dan tutup kuali.
4. Masukkan pula santan dan daun limau purut, kemudian kacau dan masak sampai sedikit kering.
5. Seterusnya, perasakan dengan gula melaka dan garam secukupnya.
6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan lebihkan air jika suka berkuah. Siap untuk dihidang!

Tak semestinya kena tunggu Hari Raya baru boleh buat resepi Rendang Ayam ini. Senang cerita, anda boleh hidangkannya sebagai lauk untuk keluarga tersayang pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Hajar Mohd
Baca juga: Resepi Rendang Ayam Johor Klasik, Menu Wajib Buat Setiap Kali Raya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














