Categories: Resipi

Resipi Ayam Sos Tiram Bersalut Kuah Pekat, Menu Ringkas Tapi Jadi Rebutan!

Kalau tengah fikir nak masak apa yang ringkas tapi tetap sedap, wajib cuba resipi ayam masak sos tiram ini. Rasanya cukup lengkap dengan rasa masin, manis dan sedikit pedas, memang kena dengan selera seisi keluarga.

Ayam digoreng terlebih dahulu supaya lebih rangup di luar dan lembut di dalam. Kemudian dimasak bersama kuah sos tiram yang wangi.

Lauk ini bukan sahaja sedap untuk makan tengah hari atau malam, malah sangat sesuai dijadikan menu berbuka puasa atau sahur kerana cara penyediaannya yang cepat.

Baca juga: Resipi Ayam Percik Kelantan Berkuah Putih Pekat, Bau Wangi Semerbak Buat Jiran Ketuk Pintu!

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil dan ditos)
  • Tepung gandum/tepung goreng ayam/tepung jagung secukupnya
  • 3–4 tangkai cili kering (dipotong pendek)
  • Halia (dicincang halus)
  • Bawang merah (dicincang halus)
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • 4–5 sudu makan air
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Beberapa titis minyak bijan
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan hiasan:

  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Capsicum (dihiris)
  • Cili besar (dihiris)

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan tepung pilihan sehingga rata. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang atau ditumbuk bersama cili kering sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sedikit kicap manis, minyak bijan dan air. Kacau rata sehingga sos mendidih perlahan.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga ayam bersalut rata dengan kuah sos.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang, bawang holland, capsicum dan cili besar. Kacau sebentar sehingga semua bahan sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nor Izan

Baca juga: Resipi Sup Ayam Bombay Ini Lain Dari Biasa, Guna Minyak Sapi Lebih Wangi & Padu!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago