ayam percik kelantan

Siapa yang tidak sukakan Ayam Percik Kelantan memang rugi. Berbeza dengan versi merah di negeri lain, versi Kelantan terkenal dengan kuahnya yang putih berkrim, berlemak dan manis-manis pedas.

Walaupun nampak rumit, sebenarnya cara penyediaannya sangat ringkas jika kena dengan tekniknya. Jom semak resipi penuhnya di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Mangga Bersos Masam Manis Pedas, Ratah Saja Pun Dah Puas Hati!

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

ayam percik kelantan

Bahan-bahan perap:

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam dan perasa secukupnya

Nota: Kisar kering (blend) semua bahan di atas tanpa air yang banyak, kemudian perap bersama ayam selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Bahan sos percik:

  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia*
  • 4 batang serai*
  • 2 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)*
  • 500ml santan pekat
  • 1/2 cawan gula kabung (adjust mengikut tahap kemanisan pilihan)
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda (*).
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk atau kuali (pan) menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan gula kabung dan asam keping. Kacau perlahan sehingga kuah mula memekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masamnya.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuah percik. Balik-balikkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak sekitar suku masak sahaja (tujuannya supaya rasa kuah meresap ke dalam daging).
  6. Keluarkan ayam dan bakar di atas kuali atau grill pan tanpa minyak sehingga nampak sedikit garing.
  7. Selepas ayam nampak garing, letakkan di dalam dulang pembakar. Tuangkan sedikit sos di atas ayam dan bakar di dalam oven atau air fryer pada suhu 180°C selama 15-20 minit. Lagi sedap kalau dibakar menggunakan arang (BBQ)!
  8. Sambil menunggu ayam dibakar, masak semula baki sos percik tadi selama kira-kira 5 minit sehingga benar-benar pekat.
  9. Setelah ayam siap dibakar, tuangkan lebihan sos percik ke atas ayam. Siap untuk dihidang bersama nasi kerabu atau nasi putih panas!

Sumber: Elvianna El-Zahra

Baca juga: Ayam Masak Kicap Sedap Cara Orang Dulu-Dulu, Kuah Banyak & Bau Wangi Semerbak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN