resepi ayam masak rose

Resepi ayam masak rose sangat sedap jika dimakan dengan nasi hujan panas. Ayam masak rose ini juga sedikit berbeza dengan ayam masak merah kerana ada sedikit penggunaan santan.

Rasanya yang masam dan manis pasti akan membuatkan sesiapa saja jatuh cinta! Sekali makan pasti akan teringat-ingat.

Jika ada yang mahu mencubanya, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Makcik Ratu di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Oren Chinese Style, Anak-Anak Makan Licin Sampai Ke Tulang!

RESEPI AYAM MASAK ROSE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam seberat 1.6 kg (gaul dengan garam dan kunyit)
  • 15 batang cili kering tak terlalu pedas (rebus sehingga lembut dan kisar)
  • 2 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 1 skl kaskas
  • 1 sk garam masala
  • 1 sb serbuk kacang badam
  • 1/2 cawan tomato sup
  • 3 sb tomato puree
  • 3 sb susu pekat
  • 1 kotak kecil santan (atau ganti 1 cawan susu cair)
Bahan-bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji carrot
  • 1 biji tomato

Bahan-bahan tumis:

  • 2 biji bawang besar sederhana dihiris memanjang
  • 2 helai daun pandan
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 batang kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 pelaga
  • 5 cengkih

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai terlebih dahulu dan diikuti dengan daun pandan, 4 sekawan dan bawang.

2. Apabila bawang dan bahan lain sudah layu, baru masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar.

3. Apabila sudah wangi dan masak, masukkan pula cili kering yang sudah direbus dan dikisar.

4. Masak selama 15 minit menggunakan api perlahan. Jika sudah kering, masukkan sedikit air.

5. Kemudian, masukkan serbuk cili dan masak seketika selama 5 minit.

6. Selepas 5 minit, masukkan pula jintan manis, jintan putih, kaskas, garam masala dan serbuk kacang badam. Kacau rata dan biarkan selama 15 minit guna api perlahan.

7. Masak sehingga cili dan bahan lain sehingga betul-betul masak.

8. Kemudian, baru masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak serta masukkan juga tomato sup, tomato puree dan susu pekat. Kacau semua bahan dan masukkan 1 kotak kecil santan. Jika tak suka santan, boleh guna 1 cawan susu cair.

9. Hias dengan kacang peas, tomato dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi ayam masak rose

Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu

Baca juga: Resipi Ayam Masak Serai Yang Cukup Simple, Rasa Ala-Ala Rendang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN