donut kampung

Sedang mencari resipi donut kampung yang gebu, mudah dan sedap? Resipi ini khas untuk anda.

Tak perlu guna serbuk penaik, tak guna ovalette dan paling penting, tak guna banyak bahan. Tapi hasilnya donut tetap gebu elok!

Kalau nak tahu cara-caranya, jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Saudari Norhidayah di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Donut Kampung Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 paket yis 11g
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Segelas air suam
  • Tepung gandum 850g (saya guna Tepung Rose, masuk sepaket)
  • 4 sudu besar Planta

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk satukan yis, susu pekat, gula, garam dan air suam. Kacau rata, ketepikan dan biarkan sehingga naik buih.

2. Campurkan tepung gandum dan planta. Gaul sampai jadi macam serbuk roti.

3. Tuangkan air yis yang sudah berbuih. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

4. Sapu minyak pada bekas doh supaya tak melekat. Letakkan doh dan tutup. Ketepikan sehingga kembang dalam anggaran 30 minit.

donut kampung

5. Bila doh dah kembang, tumbuk manja. Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan. Timbangkan doh jika nak bentuk sama.

Lapik dengan kertas supaya doh tak melekat. Kalau tak guna kertas, tabur tepung pada bahagian bawah.

6. Doh mengembang, tekan sikit dan lebuk lubang menggunakan nozel saiz paling kecil.

donut kampung

7. Biarkan doh rehat sekejap dan sedia untuk digoreng.

8. Gaulkan dengan gula aising dan sedia untuk dihidang!

donut kampung

Kredit: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN