Resepi burnt cheesecake ini memang sesuai untuk anda yang tiada oven, tapi ada air fryer. Jangan risau, tanpa oven pun masih boleh hasilkan kek yang sedap!

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati, kebiasaannya ada dijual di kebanyakan kedai bakeri atau pasar raya.

Walaupun hanya dibakar guna air fryer, hasilnya tetap lembut, gebu dan halus seakan-akan tekstur kain sutera. Jom kita cuba buat!

Baca juga: Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!

RESEPI BURNT CHEESECAKE

resepi burnt cheesecake

Bahan-bahan:

  • 250g krim keju (cream cheese)
  • 3 biji telur
  • 3 sudu gula pasir (kisar halus guna blender)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 kotak kecil whipping cream
  • 1 sudu esen vanila

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Mula dengan krim keju, gula, telur, whipping cream, tepung gandum dan akhir sekali esen vanila.
  2. Kisar sampai sebati dan halus.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas baking paper.
  4. Bakar guna air fryer sebanyak dua kali bakar.
  5. Mula-mula bakar pada suhu 180°C selama 25 minit
  6. Selepas 25 minit, tukar suhu ke 160°C dan sambung bakar lagi 15 minit.
  7. Siap! Sejukkan dulu sebelum potong. Selamat mencuba!

Sumber resipi dan gambar: Essye Normaliana Yusof

Baca juga: Rahsia Buat Kek Oren Rasa ‘Premium’, Hasilnya Lembap & Lembut Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending