Categories: Informasi

10 Perkakas Elektrik Dapur Yang Buat Mak Tersenyum, Sesuai Untuk Hadiah Hari Ibu

Hari Ibu sudah semakin dekat, tapi masih buntu nak cari hadiah hari ibu yang sesuai untuk mak tercinta? Kadang-kadang, mak kita bukan minta barang mahal pun. Cukup sesuatu yang boleh mudahkan kerja harian dan buat dia rasa dihargai.

Daripada bagi bunga yang cepat layu, apa kata hadiahkan sesuatu yang lebih praktikal dan boleh digunakan setiap hari. Zaman sekarang ini, macam-macam perkakas elektrik dapur yang bukan sahaja canggih, tapi juga boleh jimatkan masa dan tenaga mak di dapur atau dalam urusan rumah.

Dalam senarai kali ini, jom kami kongsikan 10 pilihan perkakas elektrik dapur moden yang confirm mak-mak suka. Nak belikan untuk mak sendiri, mak mentua atau mak angkat pun sesuai. Jom tengok mana satu yang berkenan di hati!

Baca juga: 15 Idea Kek Sempena Hari Ibu, Semuanya Nampak Sedap & Klasik Untuk Gembirakan Mak!

10 IDEA PERKAKAS ELEKTRIK DAPUR UNTUK HADIAH HARI IBU

1. Pengukus Elektrik

Pengukus elektrik ini sangat berguna untuk mak-mak yang suka masak secara sihat. Tak perlu lagi nak susah payah dengan dapur gas, hanya letak makanan dalam pengukus dan tekan butang. Sesuai sangat untuk kukus dim sum, kuih, ikan dan lain-lain.

2. Multicooker (Pressure Cooker + Slow Cooker)

Multicooker ini menggabungkan dua fungsi iaitu pressure cooker yang cepat dan slow cooker yang perlahan. Mak-mak boleh masak macam-macam, dari rendang hingga sup. Semuanya dalam satu alat saja. Mudah, cepat dan sedap!

3. Dapur Elektrik

Dapur elektrik ini sangat berguna, terutamanya kalau gas habis tiba-tiba! Tak perlu risau tentang dapur gas, cuma perlu sambung plug dan masak seperti biasa. Ia mudah dan selamat digunakan kerana ada kawalan suhu.

4. Air Fryer Oven

Apa beza air fryer oven dengan air fryer biasa? Dari segi rupa, air fryer oven ini dilengkapi dengan oven tray. Kalau air fryer biasa, dia ada bakul yang boleh ditarik keluar.

Air fryer oven ini juga mempunyai fungsi sama seperti oven iaitu boleh membakar kek, memanggang ayam dan sebagainya.

5. Thermomix

Thermomix adalah alat canggih yang ada macam-macam fungsi. Boleh kisar, masak, kukus dan buat sup semua dalam satu masa!

Mak-mak yang suka memasak, ini alat yang akan menjimatkan banyak masa dan tenaga. Semua kerja dapur boleh siap dengan cepat dan mudah, tanpa perlu banyak perkakas lain.

6. Pengisar Serbaguna

Pengisar serbaguna ini bukan hanya untuk buat smoothie, tapi boleh juga kisar sup, sambal, malah adunan kek! Sesuai sangat untuk mak-mak yang suka masak pelbagai jenis hidangan.

7. Pencincang Makanan (Food Processor)

Food processor ini amat berguna bila mak-mak nak potong, cincang atau kisar bahan makanan dengan cepat. Tak perlu lagi nak potong manual, semuanya boleh siap dalam sekelip mata.

8. Mesin Kopi

Bagi mak-mak yang suka minum kopi di waktu pagi, mesin kopi automatik ini memang wajib ada. Tak payah lagi pergi ke kafe, buat kopi sendiri di rumah jadi lebih mudah dan cepat.

9. Peti Beku Berdiri (Upright Freezer)

Peti beku berdiri ini tidak guna banyak ruang dan mudah nak keluarkan barang sebab reka bentuknya yang lebih teratur. Sesuai sangat untuk rumah kecil yang perlukan ruang penyimpanan tambahan tanpa mengambil banyak ruang.

10. Mesin Basuh Pinggan (Dishwasher)

Kalau hadiahkan mesin pinggan ini pasti jadi anak paling mak sayang! Mesin basuh pinggan ini akan buat kerja untuk anda. Tinggal masukkan pinggan, tekan butang dan tinggalkan ia untuk basuh sendiri.

Sumber: Dapur Mangkaak

Baca juga: ‘Biggest Cake Picnic’ Akan Diadakan Di KL, Lebih 500 Kek Menanti ‘Dessert Lover’!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago