Categories: Resipi

Resipi Kurma Ayam Tanpa Letak Santan, Rasa Lebih Ringan & Tak Muak Dimakan!

Kalau nak masak lauk yang ringkas tapi tetap menyelerakan, ayam kurma memang pilihan terbaik. Resipi ini menggunakan bahan-bahan mudah dan istimewanya tak guna santan, jadi rasanya lebih ringan dan tak muak walaupun makan banyak kali.

Kurma ayam biasanya jadi kegemaran ramai sebab kuahnya berempah lembut dan cukup rasa. Kalau dimasak dengan betul, ayam akan lembut, kentang pun empuk, dan kuahnya sesuai dimakan dengan nasi panas-panas.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!

RESEPI AYAM KURMA TANPA LETAK SANTAN

Bahan-bahan:

  • ½ kg ayam – dipotong kecil (kalau rajin boleh goreng sekejap, tapi tak goreng pun tak apa)
  • 2 biji kentang – dipotong dadu
  • 6 sudu besar serbuk kurma – dibancuh jadi pes
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • Rempah 4 sekawan: 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 kuntum cengkih
  • Garam secukup rasa
  • Perasa tambahan (jika suka)
  • Bahan hiasan: cili merah, cili padi hijau, tomato, bawang besar belah dua

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah 4 sekawan bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma. Masak hingga betul-betul pecah minyak (rempah timbul minyak). Lagi lama dimasak, lagi sedap aromanya.
  3. Masukkan ayam, kentang dan air mengikut kepekatan yang diingini. Reneh sehingga ayam dan kentang masak lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan, garam dan perasa. Kacau sekejap, kemudian boleh terus dihidangkan.

Tip: Resipi ini memang tak guna santan. Rasanya lebih ringan tapi tetap sedap, sesuai untuk yang tak suka lauk terlalu berlemak.

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Resipi Ayam Tiga Aroma Wajib Cuba, Bau Wangi Rempah Memang Buat Tergoda!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

11 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

12 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

12 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

13 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

14 hours ago