Categories: Resipi

Resepi Asam Tumis Utara, Kuah Masam Pedas & Wangi Bukan Main Lagi!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan cukup membangkitkan selera, resepi Asam Tumis Utara ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Guna ikan kembung segar dengan bahan kisar yang mudah, kuahnya cukup beraroma dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Rahsia keenakan asam tumis ini terletak pada cara memasak cili. Bahan kisar perlu ditumis agak lama sehingga cili benar-benar masak dan garing, barulah kuahnya lebih wangi serta tidak terasa mentah.

Baca juga: Bosan Sup Ayam Biasa? Cuba Tom Som Gai, Kuah Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

RESEPI ASAM TUMIS UTARA

Resipi ini dikongsikan oleh Eny Abdullah dan menggunakan ikan kembung sebagai bahan utama. Tomato boleh digunakan, manakala bendi atau timun juga sesuai ditambah mengikut selera.

Bahan utama:

  • 4-5 ekor ikan kembung segar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Air kosong secukupnya
  • Tomato, dibelah dua
  • Serai, diketuk
  • Daun kesum
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 10-15 tangkai cili kering, direndam air panas hingga lembut dan dibuang biji
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil rempah kari ikan

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

2. Masukkan bahan kisar kasar bersama serai yang telah diketuk.

3. Tumis sehingga naik bau dan cili menjadi garing. Tumis sedikit lama supaya cili benar-benar masak.

4. Masukkan air secukupnya bersama air asam jawa.

5. Kemudian masukkan ikan kembung dan biarkan kuah mendidih sehingga ikan masak.

6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.

7. Masukkan tomato, bendi atau timun bersama daun kesum.

8. Masak seketika sehingga sayur menjadi lembut.

9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips Asam Tumis Lebih Sedap

  • Gunakan ikan kembung yang segar untuk rasa kuah lebih sedap.
  • Tumis bahan kisar lebih lama supaya cili benar-benar masak dan tidak terasa mentah.
  • Masukkan daun kesum di akhir masakan supaya aromanya lebih menyerlah.
  • Masukkan bendi, timun atau tomato pada bahagian akhir supaya sayur tidak terlalu lembik.
  • Laraskan garam, gula dan air asam jawa mengikut cita rasa.

Hidangkan asam tumis ketika masih panas bersama nasi putih. Kuahnya yang masam, pedas dan wangi memang cukup untuk buat selera bertambah.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Abdullah

Baca juga: Ikan Masak Kari Tanpa Serbuk Kari? Rahsianya Ganti Dengan Bahan ‘Ini’ Sebagai Rempah

Aimi

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

3 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

4 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

5 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

5 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

5 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

6 hours ago