cara simpan daun kesum

Ramai tak tahu, cara simpan daun kesum yang salah adalah punca ia cepat kuning dan busuk dalam 2 hingga 3 hari. Sedangkan ada satu trik mudah yang boleh buat daun kesum kekal hijau berbulan-bulan, cuma guna plastik aiskrim dan air!

Teknik ini diinspirasikan daripada perkongsian Malina Lina Pg di YouTube dan kini ramai cuba sebab hasilnya memang menjadi.

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!

CARA SIMPAN DAUN KESUM SUPAYA KEKAL SEGAR LAMA

cara simpan daun kesum

Bahan-bahan:

  • Daun kesum segar (dibasuh siap-siap)
  • Plastik aiskrim
  • Air bertapis
  • Straw besar / straw bubble tea / chopstick
  • Gunting untuk simpul plastik

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan Daun Kesum

  • Basuh bersih dan tos.
  • Ambil daun satu per satu.
  • Bahagian pucuk yang lembut boleh ambil sekali dengan batang.
  • Daun bahagian bawah pula hanya ambil daun sahaja.

*Kalau suka masak dengan batang, boleh ambil sekali.

2. Gulungkan Daun Kesum

  • Ambil satu genggam kecil daun.
  • Gulung perlahan, macam gulung sireh orang dulu-dulu.
  • Tujuannya untuk mudahkan masuk ke dalam plastik.

3. Masukkan Dalam Plastik Aiskrim

  • Lipat sedikit bahagian atas plastik supaya mudah dimasukkan.
  • Sumbat gulungan daun kesum tadi dalam plastik.
  • Guna straw besar atau chopstick untuk tolak daun hingga ke hujung.
  • Ulang sampai dapat satu portion yang cukup untuk sekali masak.

4. Isi Air Bertapis

  • Isi air hingga daun kesum tenggelam sepenuhnya.
  • Pastikan air lebih sedikit daripada paras daun.

*Tekan daun yang timbul dengan sudu atau chopstick.

5. Simpul Macam Aiskrim Malaysia

  • Ikat kemas supaya tidak bocor.
  • Simpan dalam freezer, bukan chiller.

*Pesan dekat anak, ini bukan aiskrim betul! Nanti terkejut makan rasa ‘hijau’ pula.

Pilihan Lain: Guna Bekas Kecil

Kalau tiada plastik aiskrim:

  • Susun gulungan daun kesum dalam bekas kecil.
  • Isi air sampai tenggelam.
  • Tutup rapat dan simpan dalam freezer.

Bekas kecil jimat ruang dan mudah simpan dalam peti sejuk.

Menurut perkongsian Malina Lina Pg, daun kesum yang disimpan dengan cara ini boleh tahan berbulan-bulan dan masih hijau, segar, wangi dan tak layu.

Bila nak masak, hanya keluarkan satu gulung, potong, dan masukkan dalam masakan. Senang dan cepat!

Tip Tambahan

  • Jangan simpan dalam chiller, nanti cepat kuning.
  • Gunakan daun yang betul-betul segar untuk hasil terbaik.
  • Untuk kegunaan harian, buat portion kecil supaya tak membazir.

Cara ini memang memudahkan kerja dapur, terutama kalau selalu masak lauk utara, laksa atau asam pedas. Jangan lupa cuba dan kongsi dengan kawan-kawan!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Malina Lina Pg (YouTube)

Baca juga: Cara Simpan Daun Masakan Supaya Tahan Berbulan, Tetap Hijau & Segar Macam Baru Petik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN