resepi apam lenggang

Jom cuba resepi apam lenggang yang mudah dan sedap. Kuih ini merupakan kuih orang zaman dulu-dulu yang jarang dijumpai sekarang.

Apam lenggang ini sangat sedap jika dimakan cicah dengan kari ayam, sambal ikan bilis ataupun gulai masak lemak. Ada juga yang suka makan apam ini dengan kelapa.

Buat anda yang pertama kali mendengar nama kuih ini, apa kata jom kita cuba masak di rumah. Ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Siti Hadirah di bawah.

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

RESEPI APAM LENGGANG SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 7s db gula putih (ikut tahap kemanisan yang disukai)
  • 1 ½ sdk yis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat (saya guna santan segar)

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam pengisar. Kemudian kisar sehingga semuanya sebati.

2. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam bekas. Tutup bekas dan perapkan selama 2 hingga 3 jam.

3. Kemudian masukkan santan. Gaul sehingga semuanya sebati.

4. Sediakan kuali. Sapu sedikit minyaj, kemudian tuang adunan secukupnya dan lenggangkan.

5. Tutup sebentar dengan tudung periuk selama lebih kurang 2 hingga 3 minit.

6. Apabila adunan kelihatan berubah warna kekuningan, sedia untuk diangkat.

resepi apam lenggang

7. Siap, selamat mencuba!

resepi apam lenggang

Kredit: Siti Hadirah

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN