acar bombay

Acar timun tumis agak popular di Pantai Timur, tetapi tidak ramai yang tahu akan kewujudannya. Ada juga yang memanggilnya dengan nama acar bombay atau acar masak.

Untuk pengetahuan anda semua, acar ini berbeza dari acar timun biasa kerana ia perlu dimasak terlebih dahulu. Jadi, jom kami akan kongsikan resipi acar timun tumis untuk anda cuba.

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI ACAR BOMBAY CARA ORANG DULU-DULU

Bahan-bahan:

  • Timun
  • Nanas
  • Cabai merah
  • Cabai hijau
  • Gula
  • Garam
  • Kunyit atau pewarna makanan
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Biji sawi
  • Air (untuk merendam)
  • Sunquick 2 sudu besar
  • Jus lemon 1 sudu besar

Cara Memasak:

  1. Rendam timun, nanas, cabai merah, dan cabai hijau dalam sedikit air bersama gula, garam, dan kunyit atau pewarna makanan. Anggaran bahan-bahan bergantung pada citarasa. Rendam selama 15 minit.
  2. Tapis bahan yang telah direndam dan simpan air tapisan.
  3. Sediakan bahan tumisan. Hiriskan bawang putih dan halia.
  4. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan halia bersama biji sawi hingga naik bau.
  5. Masukkan air tapisan yang disimpan ke dalam kuali dan biarkan mendidih.
  6. Setelah mendidih, kecilkan api. Masukkan 2 sudu besar Sunquick dan 1 sudu besar jus lemon. Kacau sekejap.
  7. Masukkan bahan rendaman dan bawang kecil ke dalam kuali.
  8. Tutup api dengan segera untuk mengelakkan bahan terlebih masak.
  9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Kasturi Seetha

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN