Raya Haji dah nak dekat kan? Mesti banyak daging korban akan diagihkan. Kalau dah raya dan ada daging, tak sah kalau tak buat rendang daging mak ini.
Cara buat ini lain sikit kerana tidak menggunakan satu ‘bahan’ ini untuk bagi rendang ini tahan lama. Ha, ‘bahan’ apa tu? Kalau nak tahu wajib baca sampai habis!
Resipi ini yang mendapat perkongsian sebanyak 4.4K melalui laman sosial Facebook pasti akan buat juadah Raya Haji anda berbeza dari orang lain.
Baca juga: Kaya Ball Magic, Siap Tanpa Guna Blender & Mixer!
RESIPI RENDANG DAGING MAK
Bahan-bahan:
- 2 kg daging
- Semangkuk sederhana cabai kering
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 7 batang serai
- 4 sudu makan biji ketumbar
- 2 sudu makan jintan manis
- 4 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 1 1/2 cawan minyak masak
Bahan Tambahan:
- Kerisik (2-3 bekas sederhana, lagi banyak lagi sedap)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa (kalau tidak suka manis letak sikit, saya suka manis jadi letak banyak dalam 2 senduk)
- 3 keping asam keping
- Ajinomoto atau perasa tambahan
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Bunga lawang
- Daun kunyit (dihiris halus)
Cara-cara:
1. Goreng cabai kering, halia, lengkuas, serai, biji ketumbar, jintan manis, bawang besar, dan bawang putih dalam 1 1/2 cawan minyak masak sehingga naik bau.
2. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus.
3. Masukkan daging yang dipotong kecil ke dalam pressure cooker.
4. Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam daging dan gaulkan sehingga rata.
5. Masukkan kerisik, garam, gula, asam keping, ajinomoto atau perasa tambahan, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang. Gaul sekali lagi sehingga rata.
6. Setkan pressure cooker dan mula memasak.
7. Selepas dimasak dalam pressure cooker, daging akan empuk dan rempah akan sebati. Namun, ia mungkin agak berkuah.
8. Pindahkan rendang ke dalam kuali dan masak sehingga mencapai kekeringan yang diinginkan.
9. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
10. Teruskan memasak sehingga rendang mencapai tahap kekeringan yang diinginkan. Jika suka rendang yang berkuah sedikit, boleh berhenti pada tahap ini.
Nota Tambahan:
- Resipi rendang ini tidak menggunakan santan untuk memastikan ia tahan lama. Namun, jika ingin menambah santan, boleh sahaja dilakukan.
Sumber: Khairul Aming FP
Baca juga: Bahulu Goreng, Resipi Ringkas Tanpa Bakar Tapi Rangup Bukan Main!