Sotong Goreng Tom Yam

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi dari internet yang dah diubahsuai.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang
  • 5 biji bawang putih - mayang
  • 3 batang serai - ketuk
  • Daun limau purut
  • Cili api
  • Sos tiram
  • Kunyit dan garam
  • Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  4. Kadang-kadang saya masukkan sayuran seperti tomato & lobak dalam masakan ini. Dan guna daun bawang untuk hiasan. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Leave a comment