Rupa-rupanya, ada rahsia masak nasi putih lebih sedap dan tidak tawar. Memasak nasi putih bukanlah hanya sekadar mencuci dan membilas, tetapi terdapat cara dan ilmu khusus yang perlu diikuti semasa memasak nasi supaya rasanya tidak hambar tetapi sedap.
Terlibat dalam industri makanan selama lebih daripada 25 tahun, Chef Shukri berkongsi ilmu yang diamalkan dan digunakan oleh kebanyakan pengusaha kedai makan serta tukang masak lauk kenduri.
Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak
” Saya ingin berkongsi ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai nasi campur dan juga masakan lauk kenduri perkahwinan. Anda juga boleh menggunakan ilmu ini supaya suami anda lebih menghargai kerana masakan lebih sedap.
” Setiap kali memasak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat semasa mencuci beras. Semasa memasak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam beras yang hendak dimasak. Masukkan daun pandan. Anda perlu pandai mengagak supaya nasi tidak terlalu masin atau berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apakah tujuannya?
” Minyak berfungsi agar nasi tidak melekat dan sentiasa lembut. Garam pula memberikan ‘rasa’ kepada nasi putih apabila dimakan begitu sahaja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan memberi wangian kepada nasi sehingga seluruh dapur wangi apabila sudah mendidih,” terang Chef Shukri.
Tambahkan gula batu apabila memasak nasi tomato atau nasi minyak
Sementara itu, katanya jika ingin memasak nasi tomato, nasi minyak, dan sebagainya, masukkan tiga hingga empat ketul gula batu untuk memberikan kilauan kepada nasi supaya lebih cantik. Beliau mengakui bahawa ini adalah rahsia utama kedai makan dan para tukang masak.”
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!
Sumber: Chef Shukri
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…