laksam lembut

Tak susah pun nak buat laksam lembut dan cantik elok bila digulung. Kukus pun guna pinggan plastik sahaja.

Tapi ada rahsia dan tip supaya laksa tidak melekat dan senang untuk digulung. Nak tahu rahsianya? Jom baca perkongsian oleh Puan Fiza Mh yang boleh dijadikan panduan ini.

Baca juga: Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras

CARA BUAT LAKSAM LEMBUT

Bahan-bahan:

– 1 cawan tepung beras cap teratai

– 1 sdm penuh tepung gandung cap ros

– 2 ½ cawan air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)

– Minyak untuk disapu pada pinggan

**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.

2. Bancuh ramuan di atas, kacau sampai semuanya larut dan jangan bergentel.

3. Curahkan adunan secukupnya ke dalam pinggan yang telah disapu dengan minyak. Kemudian kukus selama 4 hingga 5 minit.

4. Kalau dah gelembung, tandanya sudah masak.

5. Tunggu sejuk baru digulung. Buat sampai adunan habis.

Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.

Kredit: Fiza Mh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN