Categories: Resipi

Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

Kari ayam merupakan lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari. Sarapan pagi boleh dimakan bersama roti. Makan tengahari pula boleh dimakan bersama nasi. Lagi sedap kalau tekstur kari ayam pekat likat kan?

Nak tahu cara membuat kari ayam yang pekat likat? Jom lihat resipi perkongsian oleh Khabbab Jamalludin di bawah. Tidak menggunakan banyak bahan dan senang nak dapat.

Senang kalau masak kari ayam ni, buat banyak terus untuk satu hari. Tak perlu masak banyak kali dah. Yang penting, rasanya sedap dan tak muak!

Resepi Kari Ayam Pekat Likat

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk rempah kari

Bahan tumis:

  • Bawang besar sebiji
  • Daun kari setangkai dua
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Serbuk kari
  • Cili kisar

Bahan masuk kemudian:

  • Serai (4 batang)
  • Tomato (2 biji)
  • Air

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk rempah kari.

2. Gabungkan 2 jenis rempah, 250g kari ayam/daging dan 25g serbuk kari masak merah. Tambahkan air sampai dia jadi pes macam dalam gambar.

3. Panaskan minyak.  Goreng sekejap ayam yang kita dah perap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah. Jangan lama sangat nanti air ayam dia kering.

Dan rempah kari kurang meresap bila kita masukkan dalam kuah nanti. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi dia tak mengembang dan tawar kalau masak lama lama.

4. Minyak goreng ayam tadi kita guna untuk tumis pula. Tumis bahan tumis sampai kekuningan.

5. Masukkan 1 sudu cili kisar.

6. Masukkan pes gabungan 2 rempah tadi. Proses tumis dari masukkan bawang sampai masukkan pes kari ini, api kena besar. Perlahankan api apabila bunyi desiran pes mulai hilang dan mula berbuih-buih supaya rempah pecah minyak.

7. Lepas pecah minyak sikit, (tak lama pun, dalam 3 minit lepas kita masukkan pes kari tadi) masukkan ayam yang kita dah goreng sedikit tadi. Tambahkan air, jangan banyak sangat, sampai ngam ngam tenggelam potongan ayam tadi.

Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar.

8. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka) mengikut citarasa masing masing.

Selamat mencuba!

Kredit: Khabbab Jamalludin

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

14 hours ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

17 hours ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

18 hours ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

18 hours ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

19 hours ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

19 hours ago