Puteri ayu

Puteri ayu merupakan kuih tradisi yang masih relevan sehingga ke hari ini. Kuih ini kalau nak tahu sedap atau tidak, bergantung kepada masinnya kelapa itu.

Kepada peminat kuih melayu, tidak lengkaplah kehidupan jika tidak pernah merasai puteri ayu ini.

Jom baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Mollyza Mokhtar menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!

RESIPI KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan utama:

  • 3 biji telur Gred A/B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 penutup perisa coconut pandan (atau perisa pandan biasa)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 kotak santan Kara
  • Pewarna hijau apple

Cara penyediaan:

1. Pukul telur, gula kastor, dan ovallate sehingga kembang.

2. Masukkan perisa pandan dan pukul lagi.

3. Tambahkan tepung naik sendiri dan serbuk penaik, pukul hingga sebati.

4. Masukkan santan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga rata.

Bahan kelapa:

  • 1 cawan kelapa parut muda
  • 1 sudu tepung kek/tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam

Penyediaan:

1. Gaul rata kelapa parut dengan tepung dan garam.

2. Sapu minyak pada acuan dan tekan kelapa parut hingga padat.

3. Tuangkan adunan tepung ke dalam acuan.

4. Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Mollyza Mokhtar

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Berlado, Masak Macam Ini Memang Terlajak Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN