Pulut inti kelapa manis merupakan salah satu kuih dulu-dulu yang kurang diminati oleh golongan muda.
Kalau beli di kedai mungkin sukar untuk mencari yang betul-betul kena dengan tekak. Oleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.
Kalau buat sendiri, baru lagi puas makan. Oleh itu, mari kita ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Latipah Nawawi di bawah.
Baca juga: Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman
RESEPI PULUT INTI KELAPA MANIS
Bahan-bahan inti:
- 1/2 biji kelapa parut
- 3 keping gula melaka
- gula putih secukup rasa (1 @ 2 sudu besar je)
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 helai daun pandan disimpul
- Sedikit air
- Secubit garam
Cara-cara masak inti:
1. Satukan gula melaka, gula putih, air, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula larut.
2. Masukkan pula kelapa dan kacau rata.
3. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan masak sehingga agak kering.
4. Kalau suka inti yang lembab, jangan masak terlalu lama.
Bahan-bahan pulut:
- 4 pot beras pulut
- 3 pot santan dari perahan 1/2 biji kelapa parut
- garam secukup rasa
- 2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara masak pulut:
1. Rendam beras pulut selama 1 hingga 3 jam. Sambil itu, sediakan kukusan.
2. Basuh dan toskan beras. Masukkan garam ke dalam santan dan tuang santan ke dalam bekas beras pulut.
3. Letakkan juga daun pandan dan sedia untuk dikukus.
4. Selepas 10 minit, kacau pulut dan sambung kukus selama 10 minit.
5. Sejukkan pulut sebelum dibungkus. Layukan juga daun pisang terlebih dahulu sebelum membungkus. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Latipah Nawawi
Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur