Jika ke pantai timur, tak sah kalau tidak merasa Pulut Dakap Pisang ini. Jom kita buat kuih warisan Melayu ini. Sesuai disajikan ketika berbuka puasa atau open house nanti.
Kebiasaannya, orang tua atau orang lama pasti tahu cara yang betul nak buat Pulut Dakap ini. Malah kuih yang mereka sediakan lebih sedap dan berlemak.
Kalau ada yang teringin nak makan, bolehlah cuba buat sendiri di rumah memandangkan sekarang ini kuih ini sudah jarang dijual.
Baca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini JeĀ
Untuk membuat kuih ini sangatlah mudah. Jom kita lihat perkongsian resipi dari Cik Puan Azura Yusoff ini. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Dah lebih 6.5k perkongsian di laman Facebook! Memang banyak penggemarnya.
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap.
2. Kemudian masak santan, gula, dan garam sampai mendidih kemudian tutup api angkat periuk santan letak dibawah.
3. Ambil pulut yang telah di kukus tadi letak semula dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudian panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
4. Ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang, tutupkan dengan pulut balut kemudian ikat dengan tali rapia atau pun tali getah.
5. Dah siap boleh kukus atau pun rebus.
Selamat mencuba!
Baca juga: Ini Rahsia Tapai Pulut Jadi Manis & Tak Masam, Nikmat Sangat!
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…
Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…