Categories: Resipi

Puding Red Velvet Jalur Gemilang, Boleh Cuba Resipi Ini Sempena Hari Merdeka!

Ramai yang cuba kemahiran memasak hidangan yang kreatif sempena Hari Merdeka dan kami terjumpa Puding Merdeka yang sangat cantik.

Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun sebagai memperingati jasa pejuang negara dan tema Hari Merdeka 2024 kali ini adalah “Jiwa Merdeka”.

Melalui video perkongsian di TikTok oleh thahwatermelon, hasil Puding Merdeka yang dibuatnya mendapat pujian ramai dan beliau sudi kongsikan resipinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Aiskrim Malaysia Red Velvet, Bahan ‘Ini’ Buat Ia Nampak Lagi Menarik!

RESIPI PUDING MERDEKA BENTUK JALUR GEMILANG

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar strip 20gm (potong kecil dan rendam selama 10 minit)
  • 5 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 keping roti (potong bahagian tepi)
  • 3 biji telur A atau B
  • 5 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • ½ sudu teh red velvet emulco (boleh ganti dengan sirap)
  • Pewarna merah, putih, biru dan kuning

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar roti, telur, tepung kastard dan susu cair sampai halus, kemudian ketepikan terlebih dahulu.

2. Didihkan air dan masukkan agar-agar, kemudian kacau sampai hancur dan campur gula. Kacau tanpa henti sampai larut dan mendidih.

3. Tuang adunan yang telah dikisar tadi dan kacau sampai mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sedikit suam.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco dan pewarna merah, satu bahagian dicampur warna putih, satu kuning dan satu biru.

5. Tuang adunan kuning ke dalam bekas, kemudian simpan dalam peti sejuk dan biarkan keras. Tekap gambar bintang dan bulan pada puding, kemudian potong.

6. Basahkan loyang saiz 9 ½” dengan sedikit air. Tuang adunan putih di tengah loyang sebanyak 4 senduk. Kemudian, tuang adunan merah 4 senduk di atas adunan putih.

7. Tuang adunan putih semula 4 senduk, diikuti adunan merah 4 senduk. Ulang langkah yang sama sampai adunan habis. Adunan putih mesti di atas sekali.

8. Tuang 4 senduk adunan biru di atas adunan putih dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam.

9. Renggangkan tepi puding dengan jari, ambil pinggan dan terlengkupkan loyang. Ambil pinggan lain, terlengkupkan semula puding ke atas.

10. Hias bulan dan bintang atas puding warna biru. Siap!

Jom nikmati Puding Merdeka bersama keluarga di rumah, masa inilah nak tunjuk semangat patriotik dalam diri.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber: thahwatermelon

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Aimi

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

1 hour ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago