Banyak sangat petai di rumah sampai tak tahu nak buat apa, jangan risau kerana kami ada cara buat Jeruk Petai yang mudah.
Petai berwarna hijau terang dan mempunyai bau yang sangat kuat dan tajam, serta boleh dimakan secara mentah atau tumis dengan pelbagai jenis hidangan.
Bagi memastikan ia tahan lama, anda boleh gunakan cara buat Jeruk Petai yang dikongsikan oleh Zila KJ di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis.
6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup.
7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai.
8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari.
9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. Selepas seminggu, siap untuk dinikmati!
Ramai yang sudah menjadikan cara buat Jeruk Petai ini sebagai pembangkit selera dan dimakan bersama nasi panas, anda juga jangan ketinggalan untuk membuatnya di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: ZiLa KJ
Baca juga: Cara Masak Sardin Sambal Petai Yang Simple, Campak-Campak Dengan 3 Langkah Saja
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…