Categories: Resipi

Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Kukus Tapi Hasilnya Memang Lembut!

Kalau suka puding karamel tapi risau bau hanyir telur, resipi puding caramel tanpa telur ini sesuai sangat untuk anda! Caranya mudah, tak perlu kukus, tapi hasilnya tetap lembut, manis dan sedap.

Sesuai sangat untuk kalian yang nak buat pencuci mulut cepat dan tak rumit. Oleh itu, jom MyResipi kongsikan cara mudah buat puding karamel tanpa guna telur yang pasti jadi di bawah.

Baca juga: Resipi Puding Kristal Warna-Warni Yang Lembut & Cantik, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI PUDING CARAMEL TANPA TELUR

Bahan untuk karamel:

  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas

Cara buat karamel 1:

  1. Cairkan gula dalam kuali atau pan atas api perlahan.
  2. Bila gula mula bertukar warna perang (karamel), masukkan 2 sudu besar air panas.
  3. Kacau hingga larut dan tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  4. Cara ini hasilkan karamel yang manis dan tak terlalu pahit.

Cara buat karamel 2:

  1. Cairkan dalam pan dan kacau perlahan hingga jadi karamel.
  2. Bila mula berbuih, tutup api dan terus tuang ke dalam loyang.
  3. Kalau tak letak air, karamel akan mengeras dalam loyang. Tapi jangan risau, nanti ia akan cair semula bila dituang adunan puding.
  4. Cara ini beri rasa karamel yang sedikit pahit-pahit manis.

Bahan untuk Puding:

  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair atau 500 ml susu segar
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 paket serbuk agar-agar (10g, gunakan yang jernih/clear)
  • Jika guna agar-agar tali, guna anggaran 20–25g

Cara penyediaan puding:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau hingga sebati (pastikan tiada ketulan).
  2. Tapis ke dalam periuk atau kuali dan masak atas api sederhana. Kacau hingga semuanya larut dan mula mendidih.
  3. Bila sudah mendidih, tutup api dan tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Tapis sekali lagi sebelum tuang, ya.
  4. Biarkan puding sejuk seketika pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 1½ jam.

Sumber: Dhiya Nadia Hj Harun

Baca juga: Puding Roti Bakar Paling Mudah & Sedap, Siap Dengan Kuah Kastard Yang Meleleh!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago