
Agar-agar sirap selasih ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan pencuci mulut yang ringkas, ringan dan menyegarkan. Ia juga amat sesuai dihidangkan semasa rumah terbuka atau majlis ‘potluck’ bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pencuci mulut ini juga sangat mudah untuk disediakan dan kos untuk membuatnya tidak mahal kerana menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Percayalah, satu bekas pasti tidak cukup, terutamanya apabila dimakan semasa masih sejuk.
Baca juga: Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!
RESEPI AGAR AGAR SIRAP SELASIH

Bahan-bahan:
- Biji selasih secukupnya
- 10 g serbuk agar-agar
- 80 g (⅓ cawan) gula pasir
- 2 helai daun pandan – disimpul
- 1 liter (4 cawan) air
- 2 sudu besar sirap ros
Cara penyediaan:
- Rendam biji selasih dalam air paip selama 10–15 minit hingga kembang. Bilas dan tapis sebelum digunakan.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali biji selasih.
- Masak di atas api sederhana sehingga larutan agar-agar mendidih dan gula larut sepenuhnya.
- Masukkan kira-kira 1 sudu teh biji selasih ke dalam setiap bekas.
- Tuang larutan agar-agar panas ke dalam bekas yang telah berisi biji selasih.
- Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dihidangkan setelah agar-agar mengeras sepenuhnya.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Raya, Semua Yang Makan Pasti Puji Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














