puding roti bakar

Jika anda sedang mencari pencuci mulut yang mudah disediakan tapi cukup menggoda selera, anda wajib cuba resipi Puding Roti Bakar Kuah Kastard yang mudah ini.

Berbeza dengan puding biasa, versi ini menggunakan roti bakar sebagai asasnya. Apabila dibakar bersama adunan, roti akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam.

Ariana Sofia Ahmad telah kongsikan resipi Puding Roti Bakar Kuah Kastard di Facebook dengan hasil yang mampu membuatkan sesiapa pun terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Susu Cair, Sekali Suap Terus Rasa Nikmat

RESIPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN KUAH KASTARD

puding roti bakar

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti (potong 4)
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Butter (sapu pada roti)
  • 2 cawan susu cair
  • ½ cawan air
  • 4 sudu gula biasa
  • 2 sudu besar tepung kastard

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sapu roti dengan butter. Jangan letak butter banyak sangat, nanti berminyak.

2. Kemudian, susun roti yang sudah siap ke dalam loyang bersaiz 9″ yang sudah disapu dengan butter.

3. Selepas itu, pukul telur dan esen vanilla sampai sebati.

4. Apabila sudah sebati, masukkan gula halus dan pukul sampai gula hancur atau sebati.

5. Seterusnya, masukkan susu segar dan kacau sebati.

6. Setelah itu, tuang adunan atas roti tadi dan tekan-tekan sedikit dengan sudu supaya roti terrendam.

puding roti bakar

7. Kemudian, tabur kismis di bahagian atasnya.

8. Selepas itu, bakar pada suhu 200°C selama 25 minit. Jika risau hangit, boleh kurangkan suhunya.

9. Bagi membuat kuah kastard pula, masukkan susu cair, gula, air dan tepung kastard ke dalam periuk.

10. Masak sampai kuah pekat kekuningan. Jangan terlampau pekat kerana apabila sudah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat.

11. Apabila kuah sudah sejuk, bolehlah tuangkan atas puding roti yang sudah masak tadi. Siap untuk dinikmati!

Puding Roti Bakar ini bukan sahaja nampak menyelerakan dengan kuah kastard yang menggoda, malah resipinya juga mudah disediakan dengan bahan-bahan yang senang didapati.

Selamat mencuba!

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

Baca juga: Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN