resepi puding kristal

Resepi puding kristal ini memang pencuci mulut yang sedap, lembut, dan lemak manis. Lagi syok bila dimakan sejuk-sejuk, terutamanya pada cuaca panas.

Ia sangat mudah disediakan kerana hanya perlukan bahan asas seperti serbuk agar-agar dan gula. Kalau nak bagi nampak lebih menarik, boleh tambah pewarna mengikut cita rasa.

Kalau anda teringin nak cuba buat sendiri di rumah, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan penuh dan cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Lepas Makan Masih Terbayang-Bayang!

RESEPI PUDING KRISTAL

resepi puding kristal

Bahan kristal:

Cara penyediaan kristal:

  1. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih, pastikan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna pilihan ke dalam setiap bahagian.
  4. Sejukkan selama kira-kira 1 jam hingga agar-agar keras.
  5. Setelah sejuk, potong agar-agar berbentuk dadu kecil.

Bahan puding:

  • 10g serbuk agar-agar plain
  • 900ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula (boleh tambah jika suka lebih manis)

Cara penyediaan puding:

  1. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih sambil kacau supaya tidak berketul.
  3. Tuang susu cair dan kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas.
  5. Masukkan potongan agar-agar kristal tadi ke dalam bekas puding susu sebelum ia mengeras.
  6. Biarkan sejuk dan keras sepenuhnya, kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN