Memang tengah hangat viral sekarang orang ramai tengah tergilakan makanan daripada Arab ini iaitu Kunafa. Kunafa kini boleh di dapati di mana mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Ada juga yang viral di Bukit Bintang.
Tapi tahukah anda bahawa di Kg Baru berdekatan dengan Restoran Suraya juga ada menjual Kunafa yang sedap dengan cheesenya yang terlajak banyak? Haa jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
‘Port’ Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis:
Sebuah akaun Twitter @JarrNadjmuddean ada berkongsi sebuah kedai yang menjual Kunafa power dengan cheese tarik!
” Aku dah jumpa port baru Kunafa power. Cheese dia Allahu… Baklava dia pun padu. Balik makan dengan ais krim. Lagi mantul”
” Korang serbu Papakunafa at Kg Bharu. Depan sikit lepas Suraya Tomyam. Sedap weih! ”
Kedai ini terletak di Kg Baru dan bernama PapaKunafa. Lihat pada perkongsian @JarrNadjmuddean, memang nampak menarik kunafa di kedai itu. Selain daripada Kunafa anda juga boleh membeli makanan lain seperti Baklava dan banyak lagi.
Ramai rata-rata pengguna TikTok juga ada berkongsi pengalaman mereka merasai Kunafa di sini. Semuanya berkata makanan di sini sedap sedap belaka.
Jika anda pecinta Kunafa, anda wajib datang dan cuba kunafa di sini!
Sumber: @JarrNadjmuddean