
Pernah tak bila nak guna sudu garfu, tiba-tiba nampak kusam, ada tompokan air atau jadi kehitaman? Memang kurang selera bila peralatan makan tak nampak bersih.
Sebenarnya, sudu dan garfu yang kusam bukan bermakna dah rosak, cuma perlu dibersihkan dengan cara yang betul supaya kembali berkilat macam baru.
Tak perlu pun beli pencuci mahal, guna bahan dapur yang memang ada di rumah pun sudah memadai.
Baca juga: Cara Simpan Bawang Kupas Dengan Betul, Kekal Segar & Tak Lembik Walau Simpan Lama
CARA BUAT SUDU & GARFU KEMBALI BERKILAT

Jom kami kongsikan cara mudah untuk buat sudu dan garfu anda kembali berkilat semula, sama ada jenis stainless steel atau perak.
1. Kenali Jenis Material
Sebelum mula membersih, pastikan anda tahu jenis garfu dan sudu itu terlebih dahulu:
- Stainless steel – lebih tahan karat tapi boleh kusam kalau tak dijaga.
- Perak (sterling atau berlapis) – nampak mewah tapi mudah ternoda (tarnish).
Jadi, cara penjagaan untuk kedua-dua jenis ini sedikit berbeza.
2. Bahan Dapur Yang Boleh Digunakan
Untuk stainless steel:
- Air suam
- Sabun cuci pinggan
- Cuka putih
- Baking soda
- Kain microfiber
Untuk perak:
- Baking soda
- Aluminium foil
- Air suam
- Sabun cuci pinggan lembut
- Kain microfiber
3. Cara Bersihkan Sudu & Garfu Stainless Steel
Berikut merupakan cara-caranya:
- Bilas dengan air suam.
- Rendam dalam campuran 1 sudu cuka + 2 cawan air suam selama 5-10 minit.
- Gosok perlahan dengan span lembut.
- Untuk tompokan degil, taburkan baking soda sedikit dan gosok.
- Bilas bersih dan lap kering dengan kain microfiber.
4. Cara Bersihkan Sudu & Garfu Perak
Berikut merupakan cara-caranya:
- Alas dulang atau mangkuk dengan aluminium foil (bahagian berkilat di atas).
- Tabur 2-3 sudu baking soda di atas foil.
- Letak sudu/garfu, pastikan menyentuh foil.
- Tuang air suam hingga tenggelam dan biarkan 10-15 minit.
- Bilas dengan sabun ringan, kemudian lap kering dengan kain lembut.
5. Petua Tambahan Supaya Kekal Berkilat
Berikut merupakan petua supaya sudu dan gardu kekal berkilat:
- Jangan guna penyental besi atau bahan terlalu kasar.
- Elakkan rendam terlalu lama, terutama untuk perak berlapis nipis.
- Lap terus selepas dicuci, jangan biar kering sendiri.
- Untuk efek kilau lebih tahan lama, boleh sapu sedikit minyak mineral food-grade.
Pelatan makan yang kusam boleh jadi berkilat semula dengan cara yang mudah dan selamat. Hanya perlu menggunakan bahan dapur seperti cuka, baking soda dan air suam pun dah memadai.
Kalau rajin amalkan cara ini, dijamin peralatan makan anda sentiasa bersih berkilat dan nampak baru setiap kali dihidang atas meja.
Sumber: Infullcutlery
Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














