cara simpan bawang kupas

Ramai yang suka kupas bawang siap-siap untuk jimat masa memasak. Tapi masalahnya, tak ramai tahu cara simpan bawang kupas yang betul. Kesannya, bawang cepat busuk, lembik dan berair. Rugi kan? Lagi-lagi bila bawang sekarang harganya pun makin mahal.

Sebenarnya ada cara mudah untuk simpan bawang kupas supaya tahan lebih lama dalam peti ais. Bukan sahaja jimat masa, malah tak membazir sebab bawang kekal segar walaupun dah dikupas. Jom tengok tip mudah di bawah.

Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!

Cara Simpan Bawang Kupas Supaya Tahan Lama

cara simpan bawang kupas

1. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Selepas kupas bawang, masukkan dalam bekas bertutup rapat. Bekas kedap udara boleh elakkan bau bawang merebak dalam peti ais dan bantu kekalkan kesegarannya lebih lama.

2. Balut Dengan Tisu Atau Kertas Dapur

Kalau nak simpan bawang kupas dalam bekas, balut dulu dengan tisu dapur. Tisu akan menyerap kelembapan berlebihan yang buat bawang cepat busuk.

3. Elakkan Simpan Dalam Plastik Biasa

Plastik mudah perangkap lembapan dan menyebabkan bawang berair. Kalau terpaksa guna plastik, pastikan buat lubang sedikit supaya ada aliran udara.

4. Gunakan Minyak Masak

Untuk bawang yang sudah dipotong dadu atau hiris, boleh simpan dalam bekas dan tuangkan sedikit minyak masak sehingga menutupi permukaan bawang. Cara ini boleh elakkan bawang kering dan bau kuat.

5. Bekukan Dalam Freezer

Kalau nak simpan lama, bawang kupas boleh dimasukkan dalam plastik ziplock dan disimpan dalam freezer. Cuma bila guna, terus masukkan ke dalam masakan tanpa perlu defrost, sebab kalau cairkan dulu bawang akan jadi lembik.

Sumber: KOMPAS TV

Baca juga: Rahsia Ulam Ulaman Celur Tak Lebam, Warna Tetap Hijau & Kekal Menawan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN